Bekas tahanan Guantanamo kembali ke Afghanistan

Abdul Zahir (tengah), salah seorang tahanan yang ditahan AS di Teluk Guantanamo tiba di lapangan terbang Kabul pada awal pagi Isnin. - AFP
Abdul Zahir (tengah), salah seorang tahanan yang ditahan AS di Teluk Guantanamo tiba di lapangan terbang Kabul pada awal pagi Isnin. - AFP
A
A
A

ISLAMABAD - Dua bekas banduan yang ditahan di pusat tahanan Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo sehingga tahun 2017 telah selamat pulang ke Afghanistan pada awal pagi Isnin, lebih 20 tahun selepas mereka ditangkap.

Abdul Karim dan Abdul Zahir antara ratusan individu yang disyaki terbabit dalam kumpulan militan yang ditangkap AS semasa 'Perang Kelawan Keganasan' dan kemudian ditahan di penjara rahsia di Cuba itu.

Mereka selamat mendarat di Kabul dari Oman yang mana mereka dipindahkan pada tahun 2017 dan ditahan bawah tahanan di rumah, menurut kakitangan lapangan terbang yang juga anak lelaki Abdul Zahir, Mohammad Osman.

“Alhamdulillah dengan usaha pemimpin Emiriah Islam, ayah saya selamat kembali ke negara ini,” kata Mohammad kepada pihak berkuasa Taliban Afghanistan.

Seorang anggota keselamatan berdiri di sebelah papan iklan yang mengalukan kepulangan dua bekas banduan yang ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba. - AFP
Seorang anggota keselamatan berdiri di sebelah papan iklan yang mengalukan kepulangan dua bekas banduan yang ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba. - AFP

Sebelum ini, pihak berkuasa AS berdepan tuduhan penyeksaan dan penderaan terhadap banduan di pusat tahanan Teluk Guantanamo yang mana ramai ditahan tanpa dikenakan tuduhan atau kuasa undang-undang yang mencabar penahanan mereka.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai banduan telah dibebaskan termasuk pemimpin kanan Taliban.

“Saya sangat gembira. Apabila bangun waktu pagi, ia terasa seperti hari raya untuk saya,” jelas Mohammad.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, dua tahanan itu dibawa ke kawasan tetamu penting yang jauh dari media dan penyokong yang beberapa jambangan bunga bagi menyambut kepulangan mereka.

Abdul Karim dan Abdul Zahir memberitahu media Hurriyat bahawa mereka sangat gembira apabila dapat kembali pulang ke tanah air sendiri.

“Alhamdulillah, saya kembali ke negara saya dalam masa yang ada sistem Islam dan keamanan di seluruh Afghanistan,” ujar Abdul Karim.

Sekumpulan anggota keselamatan melakukan kawalan ketat di lapangan terbang Kabul. - AFP
Sekumpulan anggota keselamatan melakukan kawalan ketat di lapangan terbang Kabul. - AFP

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Abdul Mateen Qani, Abdul Zahir ditahan dalam penjara kontroversi itu pada 2002, tahun sama ia dibuka selepas serangan 11 September 2001 ke atas AS.

Abdul Karim pula yang tiba pada 2003, telah ditahan di Pakistan sebelum diserahkan kepada AS.

Abdul Mateen menambah, kedua-dua lelaki itu berada di bawah pengawasan tanpa rela selama tujuh tahun di Oman.

“Atas usaha Emiriah Islam Afghanistan, sekatan yang dikenakan akan ditarik balik dan mereka akan pulang ke tanah air mereka,” tambahnya,

Dalam pada itu, papan iklan memaparkan kepulangan kedua-dua tahanan tersebut dilihat dipasang dalam perjalanan menuju lapangan kapal terbang.

Kerajaan AS berkata, mereka sedang berusaha untuk mengurangkan bilangan tahanan dan akhirnya menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo, yang terletak di pulau Cuba yang kini berada di bawah bidang kuasa Washington. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!