Spurs tiada material juara - Alex Ferguson
BEKAS pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menganggap Tottenham Hotspur tidak akan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tempoh yang lama.
Ferguson mengeluarkan kenyataan tersebut semasa hadir di acara perlumbaan kuda di Newbury Racecourse pada Sabtu, beberapa jam sebelum kemenangan dramatik 2-1 Spurs ke atas Brighton.
Kemenangan itu melonjak Spurs ke kedudukan keempat liga, dipisahkan tujuh mata dengan pendahulu, Liverpool yang mengumpul 54 mata ketika saingan berbaki 14 perlawanan.
Apabila diajukan soalan mengenai peluang Spurs meraih gelaran EPL, Ferguson yang menghadiahkan 38 trofi sepanjang kariernya di Old Trafford sekadar tergelak besar dan memberikan jawapan ringkas: "Tidak!
Tambah Ferguson, kali terakhir Spurs meraih kejuaraan adalah pada 1961 dan beliau meramalkan pasukan berpangkalan di utara London akan terus dilanda kemarau trofi untuk satu tempoh yang panjang.
"Ketika ini Liverpool dan Manchester City terlalu kuat dalam saingan EPL.
"Bukan sahaja Spurs, malah Manchester United juga sukar menggugat mereka," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!