Manchester City bawa pulang dua gol dari Copenhagen

Foden dan De Bruyne antara pencetak gol buat City di Parken. Foto Agensi
Foden dan De Bruyne antara pencetak gol buat City di Parken. Foto Agensi
A
A
A

PENYANDANG juara, Manchester City membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas menewaskan FC Copenhagen, 3-1 pada Rabu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Parken, Copenhagen itu menyaksikan angkatan Pep Guardiola menguasai penguasaan bola membuka jaringan menerusi gol minit ke-10, Kevin De Bruyne.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Magnus Mattsson menyamakan kedudukan dengan gol minit ke-34, sebelum Bernardo Silva kembali memastikan pasukan pelawat memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, anak buah Jacob Neestrup berusaha kembali dalam permainan apabila meningkatkan tekanan kepada pasukan lawan

Manchester City yang mengendurkan ancaman terhadap Copenhagen pada babak kedua berjaya melebarkan jaringan menerusi Phil Foden yang menyudahkan sentuhan De Bruyne pada minit ke-92.

Bekalan dua gol membolehkan anak buah Guardiola lebih tenang menanti kunjungan gergasi bola sepak Scandinavia itu bagi aksi timbal balik kedua di Stadium Etihad pada 7 Mac.

"Keputusan yang sangat baik, membanggakan dan penting. Hari ini sempurna. Mereka bersabar pada saat yang tepat, bagus betul.

"Saya sangat berbangga dengan pasukan. Gol ketiga banyak membantu kami. Semoga kita dapat menyelesaikannya dalam perlawanan kedua di laman sendiri," ujar Guardiola.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!