SESB dianggar rugi RM200 juta setahun akibat 'curi karan'

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM200 juta setahun akibat perbuatan mencuri bekalan elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘curi karan’ dalam kalangan penduduk tempatan di negeri ini.(Gambar hiasan) Foto 123rf
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM200 juta setahun akibat perbuatan mencuri bekalan elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘curi karan’ dalam kalangan penduduk tempatan di negeri ini.(Gambar hiasan) Foto 123rf
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM200 juta setahun akibat perbuatan mencuri bekalan elektrik atau lebih dikenali sebagai 'curi karan' di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, SESB berdepan kehilangan elektrik sebanyak 17 peratus dalam grid bekalan elektriknya, dan daripada jumlah itu 10 peratus merupakan kehilangan secara teknikal manakala tujuh peratus kehilangan bukan teknikal atau akibat kecurian.

Beliau berkata, daripada anggaran sudut kewangan, satu peratus kehilangan elektrik itu menyebabkan SESB kerugian RM30 juta setahun, justeru kehilangan bukan teknikal atau kecurian itu menyebabkan kerugian RM210 juta setahun kepada SESB.

"Jumlah ini (RM210 juta setahun) merupakan 25 peratus daripada kerugian keseluruhan dihadapi SESB. Jumlah itu juga cukup untuk membantu mengurangkan kebergantungan SESB kepada subsidi kerajaan yang ketika ini sekitar RM850 juta setahun.

"Ini juga bererti bahawa jika sekiranya kita dapat membanteras kecurian ini, kelestarian kewangan SESB akan jauh lebih baik. SESB adalah mangsa penjenayah curi karan, oleh sebab itulah tu SESB sangat mengambil serius untuk membanteras kegiatan mencuri ini,” katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan kepada Bernama, sempena kunjungan hormat beliau terhadap Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai kunjungan itu, Madius berkata, dalam pertemuan itu pihak SESB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertukar pandangan dan bersetuju untuk menjalin kerjasama lebih kukuh bagi membanteras jenayah kecurian elektrik di negeri ini.

"Saya yakin dan percaya melalui pertemuan ini, ia akan meningkatkan lagi kerjasama yang sedia terjalin antara SESB dan PDRM pada masa akan datang. Sama-sama kita perangi jenayah dan kegiatan mencuri elektrik ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerjasama itu penting kerana SESB hanya merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tidak mempunyai kuasa berdasarkan undang-undang untuk menahan mereka yang terlibat dalam kes kecurian elektrik ini.

"SESB sebenarnya mangsa kepada jenayah curi dan di peringkat kita, tindakan yang diambil adalah melaporkan kepada pihak berkuasa. Justeru kita mahu kerjasama erat dengan PDRM untuk menangani isu kecurian elektrik ini,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!