Sukma 2024: Atlet Johor menang emas dapat ganjaran RM10,000
14 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 14 FEBRUARI 2024
Ganjaran wang tunai berjumlah RM10,000 daripada Kerajaan Negeri, menanti atlet Johor yang memenangi pingat emas pada temasya Sukma Sarawak 2024, Ogos depan, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Menurut Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah, jurulatih atlet berkenaan pula bakal menerima RM5,000 manakala bagi acara berpasukan, setiap pasukan akan menerima RM20,000 sebagai imbuhan.
Justeru, imbuhan ini diharap dapat menyuntik semangat kepada atlet untuk jadi juara dua kali berturut-turut (setelah muncul juara Sukma 2022 lalu).
#BeritaSemasa #SinarHarian #Sukma #DapatGanjaran #Johor #AtletJohor