Kartel perolehan TLDM: Pegawai TLDM, pemilik syarikat direman

Suspek tiba di pekarangan mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari kira-kira jam 9 pagi.
Suspek tiba di pekarangan mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari kira-kira jam 9 pagi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang pemilik syarikat yang ditahan susulan sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah kem TLDM bernilai RM9 juta di sini direman lima hari.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang berusia 42 dan 55 tahun itu bermula pada Rabu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari kira-kira jam 9 pagi.

Suspek tiba di pekarangan mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari kira-kira jam 9 pagi.
Suspek tiba di pekarangan mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari kira-kira jam 9 pagi.

Kedua-dua suspek tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada jam 4 petang Selasa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, pembayaran penuh telah dibuat sedangkan pembinaan masih belum disiapkan dengan sempurna.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, ketiga-tiga suspek terbabit dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, pada 19 Januari lalu, tiga individu lain yang berusia antara 28 hingga 47 tahun turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes sama.

Kesemua mereka dipercayai antara individu yang terlibat dengan sindiket kartel perolehan kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem TLDM berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!