[VIDEO] Pesawat terhempas: Punca kematian dua mangsa akibat pelbagai kecederaan

A
A
A

KLANG - Proses bedah siasat dua mangsa nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda, Kapar, selesai dijalankan jam 12.15 tengah hari tadi di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah daripada pelbagai kecederaan akibat pesawat terhempas.

Vijaya Rao (empat kiri) ditemui pemberita selepas proses bedah siasat dan pengecaman mangsa di Jabatan Forensik HTAR Klang selesai dijalankan pada Rabu.
Vijaya Rao (empat kiri) ditemui pemberita selepas proses bedah siasat dan pengecaman mangsa di Jabatan Forensik HTAR Klang selesai dijalankan pada Rabu.

"Hasil pemeriksaan cap jari terhadap dua mangsa (mengesahkan) mangsa adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42.

"Punca nahas masih dalam siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), jadi pihak polis akan menyerahkan mangsa kepada waris dalam masa terdekat selepas melalui beberapa prosedur pihak Jabatan Forensik," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas proses bedah siasat dan pengecaman mangsa di Jabatan Forensik HTAR Klang di sini selesai dijalankan pada Rabu.

Vijaya Rao turut memaklumkan pihak polis juga akan membantu melancarkan urusan membawa pulang mayat juruterbang dan pembantu juruterbang yang berasal dari Johor dan Pulau Pinang itu ke rumah waris masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!