Harga petrol, diesel kekal hingga 21 Februari

Harga runcit bagi petrol RON97 RON95 dan diesel kekal. - Foto hiasan
Harga runcit bagi petrol RON97 RON95 dan diesel kekal. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 21 Februari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga RON95 pada paras harga siling iaitu RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!