Pilpres 2024: Prabowo dahului Anies, Ganjar

Prabowo mengangkat kertas undinya ketika beliau menunaikan tanggungjawab mengundi di Bogor pada Rabu. - AFP
Prabowo mengangkat kertas undinya ketika beliau menunaikan tanggungjawab mengundi di Bogor pada Rabu. - AFP
A
A
A

JAKARTA - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia menunjukkan Prabowo Subianto sedang mendahului persaingan dengan majoriti besar.

Mengikut keputusan kiraan pantas oleh peninjau bebas Indikator Politik, Prabowo meraih 59.77 peratus undi, berdasarkan 23.30 peratus undi yang dikira di sebilangan pusat mengundi di negara itu.

Menurut laporan Reuters, pesaing Prabowo iaitu Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo masing-masing memperoleh 23.51 dan 16.72 peratus undi.

Dalam pada itu, Lembaga Tinjauan Indonesia (LSI) juga mengisytiharkan Prabowo sebagai pemenang pilihan raya dengan antara 53.4 dengan 58.4 peratus undi.

Menurut LSI, Anies mendapat antara 23.8 dengan 29.4 peratus undi, manakala Ganjar memperoleh antara 15.2 dengan 20.8 peratus undi.

Seorang calon memerlukan lebih daripada 50 peratus undi dan 20 peratus undi di wilayah.

Jika tiada calon yang memenangi majoriti, saingan antara dua pemenang teratas akan diadakan pada Jun depan.

Terdahulu, timbul kontroversi yang mendakwa Presiden Joko Widodo atau Jokowi telah campur tangan dalam proses pilihan raya.

Artikel Berkaitan:

Malah, para pemerhati berkata, beliau berhasrat meninggalkan legasi untuk memastikan dasar-dasar yang dilakar sepanjang sedekad lalu, dapat terus dilaksanakan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!