AMK buat laporan polis serentak seluruh Malaysia Jumaat ini

AMK akan membuat laporan polis secara serentak terhadap pempengaruh dikenali sebagai Dd Chronicle di seluruh Malaysia pada jam 3.30 petang Jumaat.
AMK akan membuat laporan polis secara serentak terhadap pempengaruh dikenali sebagai Dd Chronicle di seluruh Malaysia pada jam 3.30 petang Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis secara serentak terhadap pempengaruh dikenali sebagai Dd Chronicle di seluruh Malaysia pada jam 3.30 petang Jumaat.

AMK dalam satu kenyataan berkata, ia susulan penularan video parodi Dd Chronicle atau Dediy Sulaeman Ra'e, 43, yang didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah.

“Ini adalah tindakan yang dibuat secara sengaja dan berniat jahat bagi mengelirukan masyarakat awam dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan berkenaan pembatalan 16 peruntukan kesalahan mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

“AMK mengecam sekeras-kerasnya perbuatan ini dan berharap agar pihak berkuasa serta polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu ini,” katanya pada Rabu.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video yang berdurasi tiga minit 55 saat yang memaparkan tindakan pempengaruh itu melakonkan semula perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

Situasi berkenaan telah mendapat perhatian warganet dan mereka meminta pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan terhadap lelaki tersebut kerana sudah melampaui batas.

Susulan itu, Dediy tampil memohon maaf terhadap perbuatannya dan menjelaskan tindakan tersebut tidak mempunyai niat untuk menghasut mana-mana pihak.

@sinarharianonline

AMK buat laporan polis serentak seluruh Malaysia Jumaat ini #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #AMK #Keadilan #laporan #polis #PDRM #Pempengaruh #DdChronicle #Jumaat #Video #Parodi #Agama #Mahkamah

Artikel Berkaitan:

Earned It (In the Style of Weeknd) [Karaoke Version] - Instrumental King

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!