Ops Sapu: 15 PATI ditahan

Kesemua serbuan yang dilakukan melalui Ops Sapu ini hasil maklumat risikan dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan.
Kesemua serbuan yang dilakukan melalui Ops Sapu ini hasil maklumat risikan dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 15 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Sapu di tiga jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas dan Bachok.

Pengarahnya, Mohd Faizal Shamsudin berkata, operasi yang bermula Selasa dan berakhir pada Rabu itu berjaya menahan 13 lelaki warganegara Bangladesh dan seorang lelaki serta perempuan Pakistan.

"Kesemua mereka yang ditahan ini melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Operasi yang bermula Selasa dan berakhir pada Rabu itu berjaya menahan 13 lelaki warganegara Bangladesh dan seorang lelaki serta perempuan Pakistan.
Operasi yang bermula Selasa dan berakhir pada Rabu itu berjaya menahan 13 lelaki warganegara Bangladesh dan seorang lelaki serta perempuan Pakistan.

Menurut beliau, kesemua serbuan yang dilakukan melalui Ops Sapu ini hasil maklumat risikan dari Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan.

Ujarnya, JIM Kelantan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam memudah cara dan bersubahat melindungi PATI.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!