Kerajaan perlu jamin bekalan beras mencukupi

Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) menyambut baik pengumuman kerajaan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Pengerusi PPBMM, Mohamad Termizi Yop berkata, pengumuman tersebut memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak termasuk pengguna, pemborong, pengilang dan petani.

Mohamad Termizi
Mohamad Termizi

Menurutnya, walau bagaimanapun, persatuan tersebut berharap kerajaan memberi jaminan akan memastikan bekalan beras itu mencukupi bagi memenuhi permintaan di pasaran.

“Kerajaan perlu memberi jaminan bekalan beras kepada setiap pemain industri. Tadi ada (diumumkan) harga beras. Takut jadi yang sudah-sudah (sebelum ini) beras tidak ada.

Para pesawah dijangka mendapat harga padi yang lebih baik dengan adanya Beras Putih Malaysia Madani. Foto hiasan
Para pesawah dijangka mendapat harga padi yang lebih baik dengan adanya Beras Putih Malaysia Madani. Foto hiasan

“Bekalan itu penting khususnya penghantaran. Jangan penghantaran (bekalan beras) hangat-hangat tahi ayam, seminggu dua sahaja, selepas itu hilang,” katanya dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mohamad Termizi berkata, kerajaan perlu memberikan keutamaan kepada pemain industri yang telah terlibat lama dalam bidang tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pula, bekalan Beras Putih Malaysia Madani juga perlu mencukupi bagi menampung permintaan yang tinggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!