Kalau nak komen pun kena ada ilmu

Ryzal Ibrahim mendapat kecaman ramai dan dituduh memasuki sebuah gereja apabila memuat naik sebuah video mengenai keindahan seni bina campuran Islam dan Sepanyol di ISTAC.
Ryzal Ibrahim mendapat kecaman ramai dan dituduh memasuki sebuah gereja apabila memuat naik sebuah video mengenai keindahan seni bina campuran Islam dan Sepanyol di ISTAC.
A
A
A

PERIBAHASA menuntutlah ilmu sampai ke negara China bermaksud usaha mendalami ilmu pengetahuan tiada had masa dan cara.

China dijadikan rujukan kerana ia memang memiliki pelbagai keunggulan dan kemajuan di bidang ilmu pengetahuan. Amatlah rugi jika bangsa kita kurang membaca, kerana bangsa membaca, bangsa berjaya.

Merak Jalanan terpanggil menulis isu ini ekoran perkongsian pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur baru-baru ini yang mendapat kecaman netizen.

Terdahulu, Ryzal ke sana untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Zabedah, ISTAC-IIUM dan berpeluang untuk masuk ke dewan utamanya dan berkongsi rekaan dewan tersebut yang unik.

Dalam video lawatannya itu, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim berkata, seni bina asal bangunan itu memang ada unsur rekaan gereja.

Malangnya, perkongsian tersebut diterima negatif oleh segelintir pengikutnya malah ada yang mengecamnya kurang bijak kerana mempromosikan ‘gereja’.

Sedihnya Merak Jalanan membaca komen-komen netizen yang mencerca membuta tuli. Bukan sebab hendak memenangkan Ryzal, tetapi simpati apabila bangsa kita membuat melulu tanpa ilmu.

Bayangkan, ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun netizen tidak kenal, apatah lagi tokoh-tokoh ilmuan yang lain.

Artikel Berkaitan:

Seni bina ISTAC diinspirasikan daripada seni bina Andalusia–Maghribi dan didirikan oleh Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Ia sebagai kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dulu dapat diulangi semula pada zaman moden.

Sepatutnya sebelum menulis sebarang komen, bacalah kapsyen atau dengar betul-betul perkongsian video itu, kemudian rajinkan diri membuat carian di internet tentang lokasi yang dinyatakan sebelum membuat sebarang komen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!