FAM sedia 'sambar' lebih ramai pemain warisan

Pemain berdarah Malaysia, Ferdy Druijf ketika ini meledak lima gol dalam 15 penampilan bersama kelab PEC Zwolle selepas dipinjam Rapid Vienna tahun lalu.
Pemain berdarah Malaysia, Ferdy Druijf ketika ini meledak lima gol dalam 15 penampilan bersama kelab PEC Zwolle selepas dipinjam Rapid Vienna tahun lalu.
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengenal pasti beberapa pemain warisan yang ketika ini beraksi di luar negara untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, badan induk itu juga telah menyenaraikan sekurang-kurangnya empat pemain warisan untuk dinilai oleh pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan pengendali skuad Bawah 23 (B-23) tahun, Juan Torres Garrido.

Menurutnya, segala keputusan terpulang kepada Pan-gon dan Garrido sama ada mahu memanggil pemain tersebut ataupun tidak.

“Saya sudah maklumkan sebelum ini bahawa kita telah kenal pasti beberapa pemain. Kita juga mengalu-alukan jika ada maklumat atau maklum balas daripada luar.

“Cuma pada akhirnya kita akan bagi kepada ketua jurulatih, Kim Pan-gon atau Juan torres untuk menilai sama ada boleh dipanggil.

“Memang kita sudah bagi tiga atau empat pemain warisan untuk mereka nilai,” katanya.

Sebelum ini, sebuah laman pencari bakat di media sosial, frfuturetalents menyenaraikan ramai pemain warisan yang sedang beraksi dengan pasukan di luar negara.

Antaranya, penyerang kelab Liga Austria, Rapid Vienna iaitu Ferdy Druijf, selain pemain tengah kelab Belanda Heracles Almelo, Sem Scheperman.

Artikel Berkaitan:

Penyokong Harimau Malaya mahu FAM bertindak segera menyambar pemain warisan tersebut agar mereka dapat memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Ia juga sebagai satu pelan sokongan kepada skuad senior selepas beberapa pemain utama sedang meniti penghujung karier dan memerlukan pengganti untuk beberapa posisi kritikal.