Tiga rumah, dua kereta musnah terbakar di Sungai Siput
SUNGAI SIPUT - Tiga buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru Lintang, di sini awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 pagi dan jentera sampai di lokasi jam 1.44 pagi, operasi terkawal jam 2 pagi.
"Operasi itu turut melibatkan bantuan dari BBP Kuala Kangsar dan dalam kejadian itu tiada mangsa yang terbabit.
"Tiga rumah kelas A terbakar, rumah pertama terbakar 80 peratus, kedua 90 peratus manakala ketiga lima peratus," katanya pada Khamis.
Katanya, operasi itu membabitkan anggota seramai 23 orang merangkumi BBP Sungai Siput (12) dan BBP Kuala Kangsar (11). - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!