Seorang maut, lebih 20 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl

Rakaman video yang dikongsi orang ramai di platform media sosial menunjukkan puluhan anggota polis dikerah di tempat kejadian. Foto AP
Rakaman video yang dikongsi orang ramai di platform media sosial menunjukkan puluhan anggota polis dikerah di tempat kejadian. Foto AP
A
A
A

CHICAGO - [DIKEMAS KINI] Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang semasa perarakan kemenangan Kejohanan Super Bowl di Kansas City, Missouri di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Dalam sidang media, ketua Jabatan Polis Kansas City, Stacey Graves berkata, kejadian berlaku di Union Station ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perarakan pasukan Kansas City Chiefs, lapor Xinhua.

Graves berkata, polis menahan tiga individu untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, lebih 800 pegawai penguatkuasa undang-undang berada di tempat kejadian untuk mengawal keselamatan orang ramai.

"Tembakan telah dilepaskan di sekitar Union Station. Sila tinggalkan kawasan itu," kata Jabatan Polis Kansas City di X.

Sementara itu, Konsulat Jeneral China di Chicago menghubungi Jabatan Polis Kansas City dan mengesahkan tiada warga China yang cedera atau terbunuh dalam kejadian berkenaan. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!