[VIDEO] Liyana Marzuki buat laporan polis, nafi jadi proksi Nurul Izzah

A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis, Liyana Marzuki membuat laporan polis berhubung dakwaan yang kononnya beliau menjadi proksi gaji bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan perlanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 kerana data peribadinya disebar tanpa kebenaran.

Menerusi kenyataan di X, beliau berkata, hantaran mereka adalah bersifat 'mala fide' selain bertindak sembrono tanpa memikirkan akibat kepada orang lain demi mencapai objektif politik.

"Kita boleh berdebat tentang hal politik dan sebagainya dengan matang. Adakah kita perlu menjadi terlampau fanatik sehingga perlu mendedahkan data peribadi seperti alamat rumah, nombor IC dan sebagainya.

"Pemikiran pertama saya sebagai seorang ibu, yang paling dirisaukan keselamatan anak-anak. Didedahkan sedemikian," ujarnya pada Khamis.

No Image Caption

Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga bekas ahli Parlimen Permatang Pauh menerima satu kiriman di laman sosial Facebook yang berbaur fitnah terhadapnya.

Hantaran tersebut mengatakan bahawa beliau telah dilantik sebagai penasihat Laksana dan menerima gaji sebanyak RM35,000 serta diberikan dua kakitangan dengan pendapatan antara RM5,000 hingga RM20,000.

Tambah Liyana, beliau tidak pernah menjadi proksi kepada sesiapa.

Artikel Berkaitan:

"Saya telah dituduh menjadi proksi gaji untuk Nurul Izzah Anwar, kononnya saya dibayar gaji yang sangat besar oleh agensi kerajaan Laksana untuk diberi kepada Nurul Izzah. Ini adalah tohmahan besar dan palsu.

"Jadi, laporan polis telah dibuat, Kementerian Kewangan (MoF) sudah keluar kenyataan dan laporan polis juga telah dibuat. Saya harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan sewajarnya kepada pemfitnah," jelasnya.

Menurut Liyana, beliau mula menjadi konsultan sejak tahun 2020 lagi.

"Saya memang 'upfront' tentang saya menjadi seorang konsultan kepada agensi-agensi kerajaan yang panggil untuk memberi 'input' mengenai polisi dan perundangan.

"Ini adalah bagaimana saya mencari nafkah. Menjadi seorang penulis adalah minat tetapi seperti semua orang, saya juga perlu bekerja untuk mencari rezeki," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!