Barangan milik empat premis disita halang laluan

DBKL menyita barangan perniagaan di empat premis kerana menghalang laluan di kawasan awam - Foto: DBKL
DBKL menyita barangan perniagaan di empat premis kerana menghalang laluan di kawasan awam - Foto: DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan perniagaan di empat premis kerana menghalang laluan di kawasan awam di sekitar Taman Sri Endah, Seputeh di ibu negara pada Rabu.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan operasi itu dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan DBKL Seputeh menerusi Tindakan Khas Pindah Halangan.

"Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan kali ini adalah ke atas empat aktiviti perniagaan tersebut melibatkan peniaga burger, gerai makanan serta tempat cucian kenderaan (car wash) yang membuat halangan tempat awam.

Operasi dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan DBKL Seputeh. - Foto: DBKL
Operasi dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan DBKL Seputeh. - Foto: DBKL

"DBKL membuat empat tindakan sita dan pindah barangan serta peralatan perniagaan yang membuat halangan tred perniagaan di tempat serta laluan awam menerusi kesalahan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," menurut kenyataan itu di laman Facebook DBKL.

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan 72 peralatan dan barangan perniagaan seperti 'water jet', vacum, compressor, kerusi, meja, gerai beroda dan payung yang di sita dipindahkan ke stor sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur untuk rekod, penyimpanan serta tuntutan.

"Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke masa di 11 Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara berperingkat," tambah kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!