Kereta polis bantuan dibaling molotov cocktail
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan insiden kereta polis bantuan dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu yang menyebabkan kenderaan terbabit hangus terbakar.
"Kami ada buat tangkapan berkaitan kejadian ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu dalam masa terdekat. - Bernama
@sinarharianonline Polis mengesahkan insiden kereta polis bantuan dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, Kuala Lumpur hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu yang menyebabkan kenderaan terbabit hangus terbakar. #SinarHarian #SinarTerkini #Polis #Kebakaran
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!