Perbicaraan Ebit Lew disambung Mei depan

Ebit Lew ketika keluar dari Mahkamah Majistret Tenom pada Khamis.
Ebit Lew ketika keluar dari Mahkamah Majistret Tenom pada Khamis.
A
A
A

TENOM - Perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew, akan bersambung pada Mei depan dengan memanggil semula pengadu sebagai saksi kesembilan untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Tenom.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 24 Mei sebagai tarikh perbicaraan seterusnya untuk pengadu memberi keterangan dalam sesi pemeriksaan utama oleh pihak timbalan pendakwa raya.

Sesi perbicaraan pada Khamis ditangguhkan pada jam 12.25 tengah hari selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memohon untuk ditangguhkan kerana pasukannya perlu menaiki penerbangan pada sebelah malam.

"Untuk cakera padat (CD) ini telah selesai saksi camkan, semua gambar dalam cakera padat ini dan seterusnya untuk kes ini pihak pendakwaan ingin memainkan CD-WA tetapi bukan seperti ini.

"Cuma kami sesuaikan untuk pertuduhan dalam kes ini.

"Bagaimanapun, mohon arahan dari mahkamah kerana penerbangan kami malam ini disebabkan kami ada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

"Jika tiada bantahan, mohon kes untuk disambung ke tarikh baharu," katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Ebit Lew, Datuk Ram Singh tiada bantahan mengenainya namun memberitahu mahkamah bahawa jadual pada bulan Jun terpaksa dikosongkan kerana mempunyai beberapa kes di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan tarikh seterusnya bagi perbicaraan tersebut ialah pada 23 hingga 26 Julai depan.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan oleh Nor Azizah dan Analia Kamaruddin sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Ebit Lew diwakili oleh Ram dan Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!