Proses meroboh surau tegang, penduduk buat bantahan besar-besaran

Penduduk Kampung Seri Keramat melakukan bantahan terhadap proses awal kerja-kerja meroboh dan mengosongkan Surau Al-Karamah bertujuan menghalang pihak pemaju mengambil alih tapak surau tersebut bagi tujuan pembangunan.

A
A
A

IPOH - Proses awal kerja-kerja meroboh dan mengosongkan Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat dekat Pasir Puteh di sini pada Khamis, tegang apabila lebih 100 penduduk melakukan bantahan secara besar-besaran.

Mereka yang berkumpul sejak jam 9 pagi bertindak sedemikian bertujuan menghalang pihak pemaju mengambil alih tapak surau tersebut bagi tujuan pembangunan.

Penduduk berkumpul sejak jam 9 pagi bertujuan menghalang pihak pemaju mengambil alih tapak surau tersebut bagi tujuan pembangunan.
Penduduk berkumpul sejak jam 9 pagi bertujuan menghalang pihak pemaju mengambil alih tapak surau tersebut bagi tujuan pembangunan.

Keadaan itu mengakibatkan suasana kecoh dengan pertikaman lidah dan kata kecaman daripada penduduk yang tidak berpuas hati tindakan pemaju.

Situasi bertambah tegang apabila pihak pemaju dengan bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemotongan bekalan elektrik surau berkenaan.

Kehadiran anggota polis dapat mententeramkan keadaan sebelum penduduk dan wakil pemaju beredar dari kawasan pekarangan surau sekitar jam 11.30 pagi.
Kehadiran anggota polis dapat mententeramkan keadaan sebelum penduduk dan wakil pemaju beredar dari kawasan pekarangan surau sekitar jam 11.30 pagi.

Keadaan itu bagaimanapun dapat ditenteramkan dengan kehadiran anggota polis sebelum penduduk dan wakil pemaju beredar dari kawasan pekarangan surau sekitar jam 11.30 pagi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Seri Keramat, Noor Azizan Abdul Aziz berkata, bantahan dilakukan bukan bermaksud menghalang pihak berkuasa, tetapi mempertahankan hak terhadap surau berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kehadiran pihak pemaju bagi tujuan meroboh tidak dimaklumkan lebih awal, malah penduduk juga tidak menerima sebarang surat rasmi atau notis makluman akan pelaksanaan kerja-kerja meroboh berkenaan.

Penduduk membantah kerja meroboh dan mahu tapak Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat dikekalkan.
Penduduk membantah kerja meroboh dan mahu tapak Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat dikekalkan.

"Tanpa sebarang perbincangan mereka (pemaju) datang, membawa surat tidak lengkap, tiada notis pun mengatakan surau ini nak diroboh dan nak dipotong bekalan api, tetapi tetap nak dilakukan juga, sebab itu kami membantah.

"Kami akan buat laporan polis berkaitan perkara ini dan melantik peguam bagi mewakili penduduk," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Beliau berkata, surau berusia 45 tahun itu telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sejak 2019 dan mempunyai nombor PT (hak milik sementara) serta nombor LOT (hak milik tetap) sendiri.

Katanya, sehingga kini surau yang dibangunkan atas inisiatif dana penduduk itu masih aktif dengan pelbagai kelas agama dan pengajian.

"Permintaan kami, mohon kekalkan surau ini di tapak asal, bukannya dipindahkan. Kami ada sokongan penduduk yang punya hasrat sama mahu kekalkan surau di sini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi surau, Abdul Zaimi Musa berkata, sebuah surau baharu telah siap didirikan di kawasan berhampiran dua bulan lalu bertujuan menggantikan surau yang mahu dirobohkan tersebut.

Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat yang didirikan sejak 45 tahun lalu masih aktif dengan pelbagai kelas agama dan pengajian.
Surau Al-Karamah, Kampung Seri Keramat yang didirikan sejak 45 tahun lalu masih aktif dengan pelbagai kelas agama dan pengajian.

Bagaimanapun jelasnya, pembinaan surau baharu itu tidak dipersetujui kerana tidak mendapat sokongan jawatankuasa kariah.

"Tiba-tiba sahaja ada diri surau baru, kami sebagai orang kampung dan kariah di sini pun tidak tahu apa-apa. Jadi benda mereka lakukan ini suatu yang tidak adil kepada penduduk.

"Kami berkumpul hari ini pun bukan maksud melawan kerajaan, tetapi hanya nak pertahan hak kami sebagai penduduk," katanya.

Pada April 2021 lalu, Sinar Harian melaporkan Jawatankuasa Surau Al-Karamah memohon campur tangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Menteri Besar serta Pejabat Tanah dan Galian Perak untuk menghalang tindakan merobohkan surau itu bagi memberi laluan kepada projek perumahan.

Bantahan itu kemudiannya mendapat perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang memberi perkenan agar surau tersebut tidak dirobohkan sehingga surau baharu siap dibina.

Proses meroboh surau tegang, penduduk buat bantahan besar-besaran

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!