Khatam al-Quran pada usia lima tahun
15 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 FEBRUARI 2024
Seramai 745 murid Tadika Agama Johor (TAJ) berusia lima dan enam tahun diraikan dalam majlis khatam al-Quran peringkat negeri di Iskandar Puteri pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pencapaian murid TAJ dari 10 daerah yang selesai 30 juzuk al-Quran membuktikan keberkesanan pendidikan sekolah agama di negeri ini.
Jelasnya, kerajaan negeri menyasarkan 50,000 murid dan pelajar sekolah agama khatam al-Quran dalam tempoh lima tahun.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1