Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Amanah Johor tetap lapor polis terhadap Dd Chronicle

15 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 15 FEBRUARI 2024

Sebanyak 10 laporan polis dibuat Pemuda Amanah di Johor terhadap pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berhubung video parodinya meskipun dia telah membuat permohonan maaf, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Johor, Razak Ismail berkata laporan polis itu di setiap daerah dengan pembahagian tiga zon iaitu Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Jelasnya, laporan itu dibuat pada Khamis jam 5 petang itu berhubung satu video yang didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649753/berita/semasa/pemuda-amanah-ns-johor-tetap-lapor-polis-terhadap-dd-chronicle