Saya tak kisah dipecat - Pochettino
PENGURUS Chelsea, Mauricio Pochettino menegaskan bahawa dia tidak takut dipecat.
Pochettino menyatakan perkara itu semasa temubual dengan beIN Sports.
Menurut bekas bos PSG itu, dia tidak ambil peduli tentang tekanan atau desas-desus dipecat oleh kelab.
"Saya tidak peduli tentang khabar angin. Saya hanya mahu fokus dengan kerja saya," kata Pochettino.
Chelsea kini berada di kedudukan ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 34 mata daripada 24 perlawanan.
Awal bulan ini, Pochettino memohon maaf kepada penyokong berikutan kekalahan 2-4 di tempat sendiri kepada Wolves.
Menurut pengendali dari Argentina itu, prestasi Chelsea ketika ini tidak sepadan dengan sejarah kelab.
Pochettino, 51, mengambil alih Chelsea pada Julai berikutan prestasi buruk mereka apabila menduduki tempat ke-12 ketika di bawah kendalian pengurus sementara Frank Lampard, selepas Graham Potter dan Thomas Tuchel dipecat pada awal kempen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!