Tunjuk perasaan di Jakarta bantah kemenangan awal Prabowo
JAKARTA - Aktivis hak asasi manusia di kota raya ini mengadakan tunjuk perasaan membantah kemenangan Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden pada Khamis.
Ini selepas kenyataan tidak rasmi yang memberikan Prabowo kemenangan jelas dalam satu pusingan pengundian.
Penunjuk perasaan membawa spanduk dan poster dengan gambar mangsa culik berserta gambar Prabowo.
Bekas Menteri Pertahanan itu telah lama dituduh melakukan kesalahan masa lalu termasuk terlibat dalam penculikan aktivis pelajar pada tahun 1998 dan penyalahgunaan hak asasi manusia di Papua dan Timor Timur.
Walau bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti dan beliau menafikan sebarang tuduhan.
Prabowo yang berusia 72 tahun mengisytiharkan kemenangan bagi semua rakyat Indonesia di hadapan penyokongnya pada Rabu.
Beliau mengumumkan selepas pengiraan awal oleh agensi pengundian bebas yang menunjukkan beliau telah memenangi hampir 60 peratus undi.
Agensi pilihan raya negara dijangka akan mengumumkan hasil rasmi menjelang 20 Mac depan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!