BGC, Pernisma tawar kemudahan pembiayaan kepada kontraktor

Zulkiffli (dua dari kiri) bersama Mohd Daud (dua dari kanan) selepas tandatangan memorandum persefahaman dalam usaha menawarkan kemudahan pembiayaan (pemfaktoran) yang mematuhi syariah.
Zulkiffli (dua dari kiri) bersama Mohd Daud (dua dari kanan) selepas tandatangan memorandum persefahaman dalam usaha menawarkan kemudahan pembiayaan (pemfaktoran) yang mematuhi syariah.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SYARIKAT pemfaktoran, Barokah Global Capital Sdn Bhd (BGC) bersama Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (Pernisma) bersepakat dalam usaha menawarkan kemudahan pembiayaan (pemfaktoran) yang mematuhi syariah.

Presiden BGC, Datuk Zulkffli Ab Rahaman berkata, ia membabitkan pembiayaan kerja-kerja kontrak kepada semua kontraktor yang berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan merangkumi semua vendor syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan.

Menurutnya, Pernisma mempunyai lebih 800 vendor dan kontraktor berdaftar yang diberi mandat untuk melaksanakan kerja-kerja kontrak bernilai sehingga RM1.2 bilion setahun.

Majlis MoU tersebut turut disaksikan oleh pengurusan tertinggi kedua-dua pihak tersebut di Ibu Pejabat Pernisma, Selangor pada Khamis.
Majlis MoU tersebut turut disaksikan oleh pengurusan tertinggi kedua-dua pihak tersebut di Ibu Pejabat Pernisma, Selangor pada Khamis.

“Kami juga berusaha untuk membantu kontraktor bumiputera bagi memperbaiki aliran tunai tercapai.

“BGC akan tawarkan fasiliti perkhidmatan kepada ahli yang memenuhi syarat dan akan mendapat manfaat seperti kos pentadbiran dan risiko kredit yang lebih rendah.

“Dengan ini, mereka akan memberi tumpuan yang lebih kepada pengurusan perniagaan dan seterusnya meningkatkan prestasi perkhidmatan ke arah pembangunan TNB khususnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Kerjasama berkenaan dilakukan menerusi pementeraian menandatangani memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani oleh Zulkffli dan Presiden Pernisma, Mohd Daud Mohd Sharif yang disaksikan oleh pengurusan tertinggi kedua-dua pihak tersebut di Ibu Pejabat Pernisma, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Datuk Zulkffli Ab Rahaman (dua dari kiri) menandatangani pementeraian memorandum persefahaman (MoU) bersama Presiden Pernisma, Mohd Daud Mohd Sharif (dua dari kanan) dan disaksikan oleh pengurusan tertinggi kedua-dua pihak di Ibu Pejabat Pernisma, Selangor pada Khamis.

Mengulas lanjut, Zulkffli memaklumkan menerusi kemudahan pembiayaan itu, pihaknya menyediakan peruntukan permulaan sehingga RM50 juta kepada ahli.

Katanya, nilai pembiayaan itu disediakan dan bergantung kepada jumlah kontrak yang diperoleh daripada TNB serta kadar faedah pembiayaan ditawarkan juga kompetitif.

“Ia merupakan tawaran harga ‘early bird’ dengan kos pembiayaan yang lebih istimewa.

Zulkffli (kiri) bersama Mohd Daud (kanan) selepas majlis tandatangan memorandum persefahaman di Ibu Pejabat Pernisma, Selangor pada Khamis.
Zulkffli (kiri) bersama Mohd Daud (kanan) selepas majlis tandatangan memorandum persefahaman di Ibu Pejabat Pernisma, Selangor pada Khamis.

“Tambahan RM250 juta juga akan disediakan untuk khidmat pasca dan pra pemfaktoran kepada invois serta pembiayaan terhadap bon atau insurans.

“Jadi, untuk tahun ini dan tahun hadapan jumlah peruntukan disediakan sebanyak RM300 juta,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!