Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar

Kerajaan Bangladesh pada Khamis menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan antara kumpulan pemberontak dan tentera Myanmar. Foto AFP
Kerajaan Bangladesh pada Khamis menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan antara kumpulan pemberontak dan tentera Myanmar. Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Kerajaan Bangladesh pada Khamis menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan antara kumpulan pemberontak dan tentera Myanmar.

Mereka yang dihantar pulang itu, termasuk 302 anggota Polis Pengawal Sempadan, empat ahli keluarga mereka, dua anggota tentera, 18 pegawai imigresen dan empat orang awam, lapor Agensi Anadolu.

Penghantaran pulang itu melibatkan warga Myanmar yang terlibat dalam konflik di sempadan baru-baru ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Bantuan dan Repatriasi Pelarian (RRRC) Bangladesh Mohammed Mizanur Rahman berkata proses penghantaran pulang berjalan lancar.

Terdahulu, delegasi dari Polis Pengawal Sempadan Myanmar diketuai oleh Polis Lt. Kol Myo Thura Naung tiba di Bangladesh untuk menyaksikan sendiri proses penghantaran pulang itu.

Sebuah kapal Tentera Laut Myanmar bersiap sedia di sempadan maritim antarabangsa untuk membawa kumpulan itu pulang ke tanah air.

Ketika pertempuran berterusan antara puak pemberontak dan tentera Myanmar di negeri Rakhine, Menteri Dalam Negeri Bangladesh Asaduzzaman Khan pada Selasa dilaporkan berkata Myanmar bersetuju supaya anggota pasukan keselamatan mereka yang telah menyeberangi sempadan dihantar pulang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!