'Lega dapat rumah PPRS, cuma bayar RM125 sebulan'

PPRS Pinggiran Putra memiliki dua blok iaitu sebanyak 2,632 unit rumah. Gambar kecil: Saimah, Omar
PPRS Pinggiran Putra memiliki dua blok iaitu sebanyak 2,632 unit rumah. Gambar kecil: Saimah, Omar
A
A
A

KUANTAN - Tiada yang lebih menggembirakan buat 55 Ketua Isi Rumah (KIR) apabila mendapat surat tawaran menduduki Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra 3 di sini.

Pesara, Omar Awang, 71, berkata, tawaran yang diterima itu dapat mengurangkan beban kewangan yang menyara isteri dan lima anak masih kecil.

Menurut, ia juga memberi sinar baharu buat dirinya sekeluarga, apatah lagi unit sewaan pada kadar RM125 sebulan.

"Saya tiada rumah, sebelum ini tinggal di rumah ibu mentua. kalau hendak sewa rumah lain, harga RM700 ke atas.

"Tapi, Alhamdulillah ada peluang sewa di sini dengan harga yang mampu untuk dibayar dengan duit pencen sekitar RM1,500 sebulan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Penghuni Baharu Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra 3 di sini pada Jumaat.

Ab Hamid beramah mesra dengan sebahagian penerima Majlis Penyerahan Kunci Penghuni Baharu Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra 3 di sini pada Jumaat.
Ab Hamid beramah mesra dengan sebahagian penerima Majlis Penyerahan Kunci Penghuni Baharu Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra 3 di sini pada Jumaat.

Majlis penyerahan itu disampaikan Penyelaras DUN Tanjung Lumpur, Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar.

Seorang lagi KIR, Saimah sulong, 56, berkata, permohonan untuk menduduki PPRS dibuat pada tahun lalu selepas diminta untuk berpindah di rumah yang diduduki hampir 18 tahun.

Artikel Berkaitan:

Ibu tunggal tujuh beranak itu mengakui gembira apabila menerima tawaran rumah ini kerana untuk mendapatkan rumah PPRS bukan sesuatu mudah.

"Ada juga tempat untuk kami berteduh dengan kadar sewa tidak membebankan," katanya yang bekerja sebagai pengasuh.

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Fadzilah Mohamed Tahir memberitahu seramai 236 permohonan diterima MBK pada tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, 217 KIR yang layak selepas tapisan dilakukan yang mengutamakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan miskin.

"Jadi, seramai 55 KIR berjaya menetap di rumah PPRS Pinggiran Kota," katanya.

PPRS Pinggiran Putra ini memiliki dua blok iaitu sebanyak 2,632 unit rumah yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!