Hutan terbakar di Kuala Kubu Bharu
HULU SELANGOR - Hutan belukar seluas 0.4 hektar di Kuala Kubu Bharu, di sini terbakar, pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.10 petang tadi.
Menurutnya, sejurus itu jentera dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan hutan berkeluasan anggaran 0.4 hektar.
"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pembakaran tayar terpakai," katanya.
Tambahnya, bagaimanapun kejadian tidak melibatkan mangsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!