Pengarah syarikat direman lima hari kes suapan RM13,000

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret George Town bagi mendapatkan perintah reman.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret George Town bagi mendapatkan perintah reman.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang pengarah syarikat direman lima hari selepas disyaki memberi suapan berjumlah kira-kira RM13,000 kepada jurutera sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak dengan sebuah jabatan di negeri ini.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 20 Februari depan dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Georgetown pada Jumaat.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan kira-kira jam 3 pagi tadi di pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan SPRM menahan reman seorang jurutera kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM13,000 daripada kontraktor pada pertengahan tahun 2022 dan telah menggunakan wang itu untuk membeli sebuah meja snuker dan sebuah meja ping pong yang ditempatkan di pejabatnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!