Jumlah wartawan terkorban meningkat

Penunjuk perasaan memaparkan nama wartawan yang terbunuh di Gaza sejak serangan balas Israel pada 7 Oktober lalu di Paris, Perancis. - AFP
Penunjuk perasaan memaparkan nama wartawan yang terbunuh di Gaza sejak serangan balas Israel pada 7 Oktober lalu di Paris, Perancis. - AFP
A
A
A

NEW YORK - Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) melaporkan seramai 77 daripada 99 wartawan dilaporkan terbunuh dalam konflik Hamas-Israel.

Laporan menyayat hati itu menjadikan 12 bulan terakhir sebagai tempoh paling berbahaya bagi pengamal media dalam tempoh hampir sedekad.

CPJ berkata, lazimnya pembunuhan akan menurun secara global setiap tahun jika konflik ini tidak berlaku walaupun angkanya kekal di Somalia dan Filipina.

Tambahnya, jumlah ini adalah yang tertinggi sejak 2015 dan terdapat peningkatan hampir 44 pertus pada tahun 2022.

Seorang artis sedang melukis mural dinding sebagai protes pembunuhan enam wartawan di Mexico sejak permulaan tahun 2022. - AFP
Seorang artis sedang melukis mural dinding sebagai protes pembunuhan enam wartawan di Mexico sejak permulaan tahun 2022. - AFP

"Pada Disember 2023, CPJ melaporkan bahawa lebih ramai wartawan terbunuh dalam tempoh tiga bulan pertama semasa konflik Hamas-Israel di mana 72 orang daripadanya adalah warga Palestin, tiga dari Lubnan dan dua adalah warga Israel.

"Wartawan di Gaza menjadi saksi di barisan hadapan dan kerugian besar dialami wartawan Palestin dalam perang ini akan memberi impak jangka panjang terhadap kewartawanan bukan sahaja di Palestin tetapi untuk rantau ini dan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

Segelintir penduduk Palestin menghadiri solat jenazah dua wartawan dikenali sebagai Said al-Taweel dan Mohammed Sobboh yang terkorban dalam serangan udara tentera Israel di Gaza City. - AFP
Segelintir penduduk Palestin menghadiri solat jenazah dua wartawan dikenali sebagai Said al-Taweel dan Mohammed Sobboh yang terkorban dalam serangan udara tentera Israel di Gaza City. - AFP

"Setiap wartawan yang terkorban adalah tamparan terhadap kefahaman kita mengenai dunia," katanya," kata Ketua Eksekutif CPJ, Jodie Ginberg.

Pada 7 Februari, organisasi kebebasab akhbar yang berpangkalan di New York berkata bahawa jumlah wartawan yang terkorban dalam konflik terbaharu ini meningakt kepada 85 orang.

Rakyat Mesir membakar bendera Israel semasa melakukan protes di luar bangunan media di Kaherah. - AFP
Rakyat Mesir membakar bendera Israel semasa melakukan protes di luar bangunan media di Kaherah. - AFP

Sebelum ini, CPJ membidas tentera Israel kerana 'menganiaya' wartawan dan pihaknya sedang menyiasat sama ada tentera rejim sengaja mensasarkan puluhan pengawal media itu dan mendakwa mereka kerana melakukan jenayah perang.

Israel berikrar menumpaskan Hamas sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,160 orang, kebanyakannya orang awam.

Saudara mara dan rakan menunaikan solat jenazah terhadap dua wartawan Hasouna Slim dan Sari Mansoor yang terbunuh semasa serangan udara Israel di Genting Gaza. - AFP
Saudara mara dan rakan menunaikan solat jenazah terhadap dua wartawan Hasouna Slim dan Sari Mansoor yang terbunuh semasa serangan udara Israel di Genting Gaza. - AFP

Pengurangan terbesar dalam kematian wartawan dicatat di Ukraine dan Mexico, kedua-duanya menurun daripada 13 kepada dua orang.

Seorang yang terbunuh di Ukraine ialah wartawan AFP, Arman Soldin, 32, terkorban selepas pasukannya diserang berhampiran bandar timur Bakhmut.

Rakan wartawan mengelilingi jenazah Mustafa Thuria, seorang jurugambar bebas agensi AFP yang terbunuh semasa serangan Israel di Rafah. - AFP
Rakan wartawan mengelilingi jenazah Mustafa Thuria, seorang jurugambar bebas agensi AFP yang terbunuh semasa serangan Israel di Rafah. - AFP

CPJ memberi amaran Mexico, Filipina dan Somalia, adalah antara negara paling berbahaya di dunia untuk media.

"Memburukkan lagi keadaan, agensi kerajaan mengintip wartawan dan pembela hak asasi manusia, manakala sejumlah besar wartawan terpaksa meninggalkan rumah dan kerjaya mereka kerana keganasan," katanya. - AFP

Orang ramai memeriksa kereta dua wartawan yang terkorban selepas tentera Israel mensasarkan mereka dalam serangan udara di Rafah. - AFP
Orang ramai memeriksa kereta dua wartawan yang terkorban selepas tentera Israel mensasarkan mereka dalam serangan udara di Rafah. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!