Warga Karangkraf terima pemeriksaan kesihatan percuma

Antara warga Karangkraf yang menerima pemeriksaan percuma di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.
Antara warga Karangkraf yang menerima pemeriksaan percuma di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 500 warga Kumpulan Karangkraf menerima pemeriksaan kesihatan secara percuma daripada Hospital Pakar KPJ Selangor (KPJ Selangor) di sini pada Jumaat.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan bagi membantu mengurangkan beban pekerja memandangkan kos saringan kesihatan di luar tinggi.

Nik Justin
Nik Justin

Menurutnya, pekerja turut didedahkan mengenai penjagaan kesihatan dengan lebih menyeluruh menerusi program tersebut.

“Tahun lepas kita sudah buat tiga kali saringan seperti ini cuma kelainan pada kali ini ialah kita tambahkan dengan pemeriksaan mata dan juga telinga.

“Fasa berikutnya, kami mungkin akan laksanakan saringan kesihatan kedua kepada pekerja selepas raya nanti seterusnya yang ketiga pada hujung tahun ini.

Antara warga Karangkraf yang menerima pemeriksaan percuma di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.
Antara warga Karangkraf yang menerima pemeriksaan percuma di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.

“Bagi saya, program seperti ini sangat membantu dan saringan perlu dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya melibatkan pengamal media agar mereka tahu mengenai tahap kesihatan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Tambah Nik Justin, pihaknya turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada KPJ Selangor kerana sudi bekerjasama dan menyantuni warga kerja.

“Saya berbesar hati kerana KPJ Selangor sudi meluangkan masa di sini dan saya juga berharap agar kerjasama yang terjalin ini akan berlanjutan sehingga ke fasa yang berikutnya,” katanya lagi.

Farhan Nadia
Farhan Nadia

Sementara itu, Eksekutif Kanan Pemasaran KPJ Selangor, Farhan Nadia Bakly berkata, program yang bermula pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang itu mendapat sambutan menggalakkan.

“Sejak jam 8.30 pagi lagi orang ramai sudah mula beratur untuk mendapatkan perkhidmatan ini walaupun kami masih belum menyiapkan tempat serta peralatan untuk melakukan pemeriksaan.

Antara warga Karangkraf yang menerima pemeriksaan percuma di sini pada Jumaat.
Antara warga Karangkraf yang menerima pemeriksaan percuma di sini pada Jumaat.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pemeriksaan badan secara menyeluruh dengan menggunakan mesin bagi menganalisis peratusan lemak, otot, tulang dan komposisi badan.

“Selain itu, kami juga membuat ujian gula dalam badan, kolesterol, tekanan darah, tekanan mata dan telinga,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!