Hanya 45 peratus pesakit kanser dapat rawatan awal di Kelantan
Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, sehingga kini hanya 45 peratus pesakit kanser tahap satu dan dua di Kelantan mendapatkan rawatan.
Pengesanan awal dapat mencegah sel kanser merebak sekali gus boleh mengurangkan bajet merawat," katanya. pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di sini pada Sabtu.
Beliau turut memberitahu, ramai pesakit kanser pergi ke hospital dalam keadaan teruk dan didapati berada pada tahap tiga atau empat selepas didiagnos.
"Sebelum itu mereka lebih selesa berkongsi masalah dengan individu lain dan mendapatkan rawatan tradisional.
"Jika dikesan sudah pada tahap lewat akan memerlukan bajet yang sangat besar untuk ubat-ubatan dan peralatan canggih, sedangkan kita boleh mencegah dengan membuat saringan awal," katanya.
Dr Imi Sairi turut mengakui kesedaran masyarakat mengenai saringan awal masih di peringkat rendah dan sederhana.
Beliau turut memaklumkan lima kanser paling banyak yang dihidapi pesakit ialah kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser darah dan kanser pangkal rahim.
"Kesemua mereka kini dalam perhatian pihak kami dan sedang mendapat rawatan," katanya.
Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Kelantan bertujuan meraikan pesakit pelbagai jenis kanser, menyuntik semangat golongan itu untuk terus berjuang melawan kesakitan.
Seramai 150 pesakit kanser menerima sumbangan wang tunai dan bakul kasih dipenuhi barangan dapur dan pek makan tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!