Eddin Syazlee dilantik penasihat PN Negeri Sembilan

Mohamad Hanifah (dua dari kiri) menyerahkan sijil pelantikan kepada Muhammad Noraffendy yang dilantik sebagai Setiausaha PN Negeri Sembilan.
Mohamad Hanifah (dua dari kiri) menyerahkan sijil pelantikan kepada Muhammad Noraffendy yang dilantik sebagai Setiausaha PN Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith dilantik sebagai Penasihat Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan.

Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat PN negeri yang diadakan kali pertama tahun ini baru-baru ini.

Menurutnya, mesyuarat juga bersetuju penyusunan semula Ketua-Ketua PN kawasan dengan membuat perubahan di beberapa kawasan.

"Selain itu mesyuarat juga telah membuat ketetapan melantik Naib Pengerusi daripada setiap parti gabungan itu.

"Muhammad Noraffendy Mohd Salleh dilantik sebagai Setiausaha dan Zaharuddin Baba Samion sebagai Ketua Penerangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, Danni Rais dilantik sebagai Ketua Pemuda manakala Masita Mohd Ali diberi tanggungjawab sebagai Ketua Wanita.

Sementara itu katanya, PN Negeri Sembilan juga bersetuju melantik Penyelaras-Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan berdasarkan formula pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

"Pelantikannya akan diputuskan kepimpinan dan pelantikan wakil penyelaras di setiap kampung berdasarkan DUN terlibat juga akan dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi tujuan semak dan imbang, mesyuarat juga bersetuju mewujudkan portfolio berdasarkan Exco kerajaan negeri dan mewujudkan sekretariat DUN," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!