Lebih 40 laporan polis diterima berhubung isu Dd Chronicle - KPN
KUALA LUMPUR - Sejumlah 49 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas pempengaruh media sosial Dd Chronicle, yang membuat video parodi didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua laporan polis berkenaan adalah sehingga semalam.
"Kami menjangkakan jumlah laporan polis berhubung perkara itu akan bertambah,” katanya hari ini.
Baru-baru ini, video berdurasi lebih tiga minit dimuat naik Dd Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dikecam netizen kerana didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah dengan menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!