Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu, 184 individu ditahan

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di negeri ini dalam operasi pada Jumaat dan Sabtu. - Foto IPK Johor
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di negeri ini dalam operasi pada Jumaat dan Sabtu. - Foto IPK Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan 184 individu termasuk 162 warga asing dalam operasi Noda Khas dan Libur di pusat hiburan seluruh negeri pada Jumaat dan Sabtu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, operasi dijalankan bermula jam 12 tengah malam itu melibatkan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Johor.

Beliau berkata, serbuan dijalankan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen, memberi khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan penyalahgunaan dadah.

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di negeri ini dalam operasi pada Jumaat dan Sabtu. - Foto IPK Johor
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di negeri ini dalam operasi pada Jumaat dan Sabtu. - Foto IPK Johor

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 32 lelaki dan 152 wanita membabitkan pecahan 22 warga tempatan serta 162 warga asing berusia lingkungan 21 hingga 64 tahun.

"Kesemua ditahan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (2) dan Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor 1988, Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kumar memberitahu, hasil saringan air kencing mendapati 18 lelaki dan 30 wanita didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di negeri ini dalam operasi pada Jumaat dan Sabtu. - Foto IPK Johor
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di negeri ini dalam operasi pada Jumaat dan Sabtu. - Foto IPK Johor

Artikel Berkaitan:

"Seorang lelaki warga tempatan yang dikehendaki di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan turut ditahan sewaktu operasi dijalankan.

"Dalam serbuan ini juga, polis merampas pelbagai perkakasan hiburan seperti pemain DVD, amplifier, komputer riba, alat pembesar suara, mikrofon dan wang tunai dipercayai hasil perniagaan," katanya.

Beliau menambah, kesemua tangkapan akan dibawa ke makhamah bagi permohonan tahanan reman.

"Kesemua 22 orang warga tempatan yang ditangkap akan dipohon reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah manakala 162 orang tangkapan warga asing akan direman di bawah Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!