Kendali pengurusan zakat secara betul, elak kepincangan - Anwar
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurusan zakat, jika tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan kesenjangan juga kepincangan dalam aspek pembahagian bantuan, kepada kumpulan sasaran.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook dan X hari ini, Perdana Menteri memaklumkan beliau telah menyinggung perkara tersebut sewaktu berucap pada Karnival MAIWP 2024, yang juga merupakan salah satu acara sambutan 50 tahun penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.
"Hatta, pengurusan zakat perlu senantiasa berada di tahap baik dan cemerlang, sementelahan mengelakkan berlakunya pengagihan tidak setara sehingga ada keluarga yang langsung tidak mendapatnya.
"Begitu juga soal kemiskinan tegar, dana pendidikan dan kesihatan, di mana perkara ini juga harus ditangani dengan cemerlang dan jayanya,” katanya.
Terdahulu Anwar merasmikan Karnival MAIWP 2024 yang berlangsung hari ini di Taman Tasik Titiwangsa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!