Stor simpan barang niaga musnah

Pasukan bomba sedang giat memadamkan kebakaran di stor penyimpanan barang niaga yang terbakar di Jalan Pekan Darat, Kampung Gelung Bubu, Butterworth petang Ahad.
Pasukan bomba sedang giat memadamkan kebakaran di stor penyimpanan barang niaga yang terbakar di Jalan Pekan Darat, Kampung Gelung Bubu, Butterworth petang Ahad.
A
A
A

BUTTERWORTH - Sebuah stor menyimpan barang niaga di Jalan Pekan Darat, Kampung Gelung Bubu di sini musnah dalam kebakaran pada petang Ahad.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Noor Zahidi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 petang.

Menurutnya, dalam kejadian itu, turut musnah sebuah motosikal jenis jenis Yamaha RXS 115.

"Apabila bomba tiba di tempat kejadian, didapati benar kebakaran melibatkan sebuah kabin kontena yang dijadikan stor simpanan barangan niaga dengan anggaran keluasan 10x20 kaki persegi.

"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 80 peratus.

"Seramai 16 anggota termasuk penyelia terlibat dalam operasi pemadaman," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Kepala Batas, polis dan Pasukan Bomba Sukarela Sungai Puyu.

"Operasi pemadaman berjaya dijalankan sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 3.25 petang dan kes diserahkan kepada pasukan penyiasat kebakaran untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!