Beras Madani: Jangan bikin rakyat pening

Gambar hiasan. Foto Bernama
Gambar hiasan. Foto Bernama
A
A
A

SEJAK beberapa hari lalu, kecoh cerita tentang beras.

Tidak kira jantina, latar belakang kaum mahupun peringkat umur, masing-masing ‘seronok’ bercerita perihal makanan ruji kita itu.

Ia susulan perkhabaran kerajaan akan memperkenalkan kategori tunggal beras putih bagi menggantikan beras putih tempatan dan import dikenali Beras Putih Malaysia Madani.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada Rabu lalu.

Dalam sidang akhbarnya itu, beliau umum harga siling beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg), RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg) yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini.

Perkhabaran itu nyata mengejutkan dan meresahkan rakyat termasuk Merak Jalanan sendiri.

Apa tidaknya, sekarang harga siling beras putih tempatan bagi 10kg ialah RM26.

Tetapi jika harga siling baharu mula dikuatkuasakan iaitu RM30, berlaku kenaikan RM4.

Artikel Berkaitan:

Begitu juga harga siling beras putih tempatan 5kg dan 1kg.

Bagi 5kg, sekarang harganya RM13, manakala 1kg pula harganya RM2.60.

Tetapi jika harga siling Beras Putih Malaysia Madani dikuatkuasakan, beras bagi 5kg ditetapkan pada harga RM15.50 dan 1kg (RM3.50), juga ada berlaku kenaikan.

Mujur kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Sabtu meredakan sedikit keresahan rakyat.

Kata Mohamad, kerajaan belum membuat sebarang ketetapan berhubung ‘cadangan’ Syed Abu Hussin Hafiz itu.

Merak Jalanan ucap terima kasih kepada ‘Abang Mat’ atas respons itu.

Setidak-tidaknya berita itu sedikit meredakan.

Cuma Merak Jalanan berharap jangan lagi ada ‘kejutan’ selepas ini.

Kalau diumumkan harga siling beras baharu nanti, biarlah ia ‘menguntungkan’ rakyat.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!