Kerajaan akan perkasa RUU355, bentang di Parlimen

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KOTA BHARU - Golongan politik diingatkan agar tidak memutarbelitkan usaha pembentangan Rang Undang-Undang Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Parlimen.

Pengerusi Majlis Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah berkata, pembentangan RUU 355 itu bukan untuk melemahkan undang-undang yang ada.

"Kerajaan berusaha memperkasakan undang-undang syariah di negara ini... hal agama jangan dijadikan isu berpolitik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkaitan sesi libat urus mengenai RUU 355 yang kini di peringkat akhir.

Media pada Ahad melaporkan, laporan RUU 355 akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, sesi libat urus yang dikendalikan oleh Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah berada di peringkat akhir.

Kamaruddin yakin Kerajaan Persekutuan dapat melibatkan agensi atau individu yang mampu bersama menyelesaikan isu berkaitan RUU 355.

"Kita tahu ramai cendekiawan yang boleh membantu melontarkan idea dalam konteks memperkasakan mahkamah syariah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun jelasnya lagi, individu itu perlu relevan dengan isu berkenaan dan boleh memberi manfaat kepada undang-undang syariah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!