Isu gelandangan di Kuala Lumpur perlu diatasi segera

Papan tanda dipasang DBKL mengenai aktiviti pengagihan makanan untuk gelandangan perlu dihantar ke lokasi ditetapkan bagi mengelak lambakan makanan di tempat awam.
Papan tanda dipasang DBKL mengenai aktiviti pengagihan makanan untuk gelandangan perlu dihantar ke lokasi ditetapkan bagi mengelak lambakan makanan di tempat awam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu gelandangan di Kuala Lumpur harus ditangani dengan kadar segera, kata Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Lai Chen Heng.

Menurut beliau, semua masalah berbangkit memerlukan perancangan bersepadu melibatkan agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ujarnya, walaupun berdepan misi sukar namun perlu ada usaha membanteras isu gelandangan dan tidak sekadar melepas batuk di tangga.

"Saya ingin Kuala Lumpur diingati sebagai sebuah ibu kota moden dan bukan sebagai ibu kota gelandangan.

"Apa yang pasti, gelandangan adalah satu realiti berlaku di depan mata kita. Walaupun tidak nampak serius, tetapi jika tidak dibendung isu sama akan merebak ke kawasan lain.

"Imej akan tercalar dan sukar dikembalikan sekiranya perkara ini tidak diatasi," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau isu gelandangan kawasan sekitar Medan Pasar bersama dua Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur lain, Carmen Leong dan Dr Bashir baru-baru ini.

Chen Heng (kiri) bersama Carmen dan Bashir meninjau isu gelandangan di Medan Pasar, baru-baru ini.
Chen Heng (kiri) bersama Carmen dan Bashir meninjau isu gelandangan di Medan Pasar, baru-baru ini.

Chen Heng berkata, tafsiran gelandangan mengikut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai orang yang tiada ketentuan untuk tinggal dan biasanya tinggal di jalanan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, tinjauan mendapati kawasan tumpuan gelandangan tidak mempunyai persekitaran kebersihan yang baik.

"Bau busuk dan tidak menyenangkan, meskipun kawasan tumpuan pelancongan terletak hanya 200 meter dekatnya seperti Medan Tuanku, Masjid India, Jalan Hang Lekiu dan Pasar Seni.

"Ini menyebabkan usaha DBKL untuk mengindahkan kawasan juga terbantut apabila gejala gelandangan merosakkan harta benda awam, terutamanya mural dinding yang sepatutnya boleh menarik perhatian pelawat," katanya.

Lokasi menjadi tempat gelandangan berteduh.
Lokasi menjadi tempat gelandangan berteduh.

Beliau tidak menafikan, banyak usaha dilakukan kerajaan untuk membantu golongan ini seperti bantuan bulanan JKM dan Baitulmal serta pusat perlindungan serta transit gelandangan namun mereka tetap memilih merempat di tepi jalan.

"Anehnya, mereka kelihatan seperti orang biasa. Ada yang mempunyai telefon pintar dan kadar pertuturan seperti orang terpelajar.

"Terdapat sebuah papan notis oleh DBKL untuk menggalakkan penderma makanan menghantar ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, tetapi aktiviti terus dijalankan hampir setiap hari terutama pada musim perayaan.

"Secara tidak langsung menggagalkan segala usaha DBKL dan agensi kerajaan menangani isu ini," katanya.

Justeru Chen Heng berkata, isu gelandangan berkenaan mahu dibawa ke peringkat Datuk Bandar Kuala Lumpur dan kementerian supaya isu gelandangan turut dilihat dari lensa pembangunan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!