Derita bekas penyelia dapat perhatian PERKESO

Sesi kunjungan berakhir selepas penyerahan sumbangan kotak prihatin dan peribadi disampaikan Papparaidu (kiri).
Sesi kunjungan berakhir selepas penyerahan sumbangan kotak prihatin dan peribadi disampaikan Papparaidu (kiri).
A
A
A

KLANG - Penderitaan seorang bekas penyelia di sebuah syarikat swasta yang terlantar akibat kemalangan jalan raya mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Arjunan Sellaperumal, 59, menerima kunjungan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman dan Pengurus Pejabat PERKESO Klang, Thavamani Ramalingam.

PERKESO dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal pulang dari tempat kerja ke rumah pada 4 Oktober 2022 lalu.

"Berdasarkan siasatan Arjunan dilanggar sebuah kereta di Jalan Klang-Banting ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dan mengalami kecederaan teruk di kepala.

"Kemalangan turut menyebabkan dia tidak dapat bekerja serta hilang pendapatan dan kini dijaga isterinya, Puspah Periasamy yang berusia 53 tahun," kata kenyataan itu di laman Facebook.

Thavamani (kanan) berkongsi maklumat kepada Papparaidu (kiri) ketika mengunjungi kediaman Arjunan.
Thavamani (kanan) berkongsi maklumat kepada Papparaidu (kiri) ketika mengunjungi kediaman Arjunan.

Menurut kenyataan, Arjunan akan dibayar dengan faedah hilang upaya sementara (HUS) bagi bayaran ganti cuti sakit dan faedah hilang upaya kekal bagi kecederaan yang dialaminya.

"Selain itu dia juga menerima peralatan pemulihan dan perubatan seperti 'commade chair', lampin pakai buang, katil, 'ryles tubes' dan 'trachea tubes'.

Artikel Berkaitan:

"Dalam pada itu, jemaah doktor juga memutuskan Arjunan turut layak menerima elaun layanan sentiasa kerana dia perlu dijaga sepanjang masa," tambah kenyataan itu.

Sesi kunjungan itu kemudiannya berakhir selepas penyerahan sumbangan kotak prihatin dan sumbangan peribadi disampaikan V Papparaidu dan Thavamani di kediaman penerima di Banting.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!