Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

KDN semak fakta tiga pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI

19 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 19 FEBRUARI 2024

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini yang disenaraikan dalam Terrorist Screening Center atau Pusat Saringan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung perkara itu.

Media sebelum ini melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #NGO #FBI #OpsIhsan