ICJ: Pendengaran awam mengenai dasar Israel di wilayah Palestin bermula
Aktivis dan penyokong pro-Palestin mengibarkan bendera dan membawa sepanduk semasa Perarakan Kebangsaan untuk Palestin di tengah London. - AFP
A
A
A
Sesi itu yang berterusan selama enam hari dari 19 hingga 26 Februari adalah berdasarkan permintaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memperoleh nasihat daripada mahkamah mengenai kesan pendudukan Israel yang berterusan selama lebih 57 tahun.
Mahkamah dijadualkan mendengar taklimat dari 52 negara, jumlah yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah mahkamah, selain Kesatuan Afrika, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA). - Bernama/Wafa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!