Permintaan ais kiub meningkat akibat cuaca panas
19 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 19 FEBRUARI 2024
Keadaan cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri Kedah menyebabkan permintaan ais kiub meningkat di sekitar negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Pengurus syarikat pembekal ais, Iqloo Ice Sdn Bhd, Ahmad Yusop Abdul Kadir, 35, berkata, tempahan ais kiub meningkat sehingga 25 peratus disebabkan keadaan cuaca ketika ini.
Beliau berkata, permintaan ais kiub di di kilang ais yang beroperasi di Simpang Empat Kuar, Alor Janggus, Alor Setar meningkat meskipun banyak kedai makan tutup ketika musim cuti sekolah.
Arikel:
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #aiskiub #iqloo