Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Buruh pesalah pertama di Terengganu disebat akibat khalwat

19 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 19 FEBRUARI 2024

Seorang buruh binaan menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebat setelah disabitkan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Pindaan 2022 yang baharu dikuatkuasakan bermula 1 Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.

Hakim Syarie Hamidi Shafie memerintahkan tertuduh, Mohd Affandi Awang, 42, dikenakan hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, pada Isnin.

Hukuman berkenaan dikenakan ke atas tertuduh kerana melakukan kesalahan khalwat kali kedua.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650287/berita/semasa/buruh-pesalah-pertama-di-terengganu-disebat-akibat-khalwat

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Mahkamah #Khalwat #Terengganu