Lelaki terjatuh sungai ditemukan lemas


SAR yang dibuat bermula jam 2 petang,Isnin melibatkan pelnagai agensi serta orang awam. Foto Ihsan PDRM
SAR yang dibuat bermula jam 2 petang,Isnin melibatkan pelnagai agensi serta orang awam. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki kurang siuman yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang dari Jambatan Sultan Ahmad Sultan Ahmad Shah II dekat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini pada Ahad ditemukan lemas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memberitahu, mangsa berusia 45 tahun itu ditemui pada jam 6 petang iaitu 10 kilometer dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka.

Menurutnya, mangsa telah keluar dari rumah di Felda Seroja Jengka 18, Maran pada jam 12 tengah hari dengan menaiki sebuah motosikal Yamaha Lagenda.

Mangsa ditemui 10km dari PKTK dibuka. Foto Ihsan PDRM
Mangsa ditemui 10km dari PKTK dibuka. Foto Ihsan PDRM

"Pada jam 6 petang hari sama, adik mangsa telah melihat group WhatsApp masjid kampung itu menyatakan motosikal yang dinaiki abangnya telah ditinggalkan di jambatan lebuh raya terbabit dan disahkan dinaiki mangsa ke tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, mangsa mempunyai penyakit PSY (Orang Kurang Siuman) mempunyai kad dan pernah mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.


Mayat mangsa dibawa naik ke darat selepas ditemui pada jam 6 petang,Isnin. Foto Ihsan PDRM
Mayat mangsa dibawa naik ke darat selepas ditemui pada jam 6 petang,Isnin. Foto Ihsan PDRM

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bermula jam 2 petang tadi (Isnin) dengan kekuatan terdiri 37 orang melibatkan pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam bersama enam bot.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa kemudian ditemui pada jam 6 petang dan dibawa naik ke darat pada 45 minit kemudian seterusnya dihantar ke HoSHAS untuk bedah siasat sebelum operasi mencari dan menyelamat(SAR) ditamatkan pada jam 7 petang," tambahnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!