Harga minyak melonjak selepas serangan ke atas pangkalan tentera AS

Harga minyak meningkat susulan kebimbangan konflik yang sedang memuncak antara Iran dan AS. - AGENSI
Harga minyak meningkat susulan kebimbangan konflik yang sedang memuncak antara Iran dan AS. - AGENSI
A
A
A

TOKYO - Harga minyak melonjak susulan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada awal pagi tadi.

Stesen TV Iran melaporkan serangan misil balistik tersebut adalah tindakan balas dendam terhadap pembunuhan komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat lalu.

Minyak mentah Brent dilaporkan meningkat 2.5 peratus pada AS$69.94 setong pada perdagangan Asia tengah hari tadi susulan kebimbangan konflik yang sedang memuncak antara AS dan Iran akan menjejaskan bekalan minyak dari Asia Barat.

Pada masa sama, harga saham global berada pada paras rendah berikutan konflik tersebut.

Indeks penanda aras Jepun, Nikkei 225 jatuh sebanyak dua peratus manakala Hang Seng di Hong Kong juga turun satu peratus pada perdagangan awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Iran mengaku lancar serangan balas ke atas AS

Iran mula serang pangkalan tentera AS guna peluru berpandu

Majlis Iran isytihar Pentagon sebagai pengganas

Konflik terbaharu di Asia Barat itu dikhuatiri akan menjejaskan penghantaran di laluan bekalan minyak paling sibuk di dunia, Selat Hormuz.

Difahamkan, penghantaran kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak global melalui Selat Hormuz yang menghubungkan Teluk dengan Laut Arab.

Selat Hormuz adalah sangat penting untuk negara pengeksport minyak di rantau Teluk seperti Arab Saudi, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait yang mana ekonomi mereka bergantung kepada pengeluaran hasil gas dan minyak. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!