Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M didakwa palsu
KUALA LUMPUR - Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa adalah palsu.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial terutamanya membabitkan berita palsu sedemikian.
Sinar Harian pada 13 Februari lepas melaporkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Iinstitut Jantung Negara (IJN).
Dr Mahathir, 98. juga akan berehat untuk satu tempoh bagi proses pemulihan.
ARTIKEL BERKAITAN:Tun M dimasukkan ke IJN kerana jangkitan
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Tun M terima rawatan di IJN, perbicaraan kes fitnah ditangguh
Beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.
Sementara itu, pihak IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan Dr Mahathir dalam masa terdekat. - Awani
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!