Pendaki warga Perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang diselamatkan

Mangsa menceritakan kejadian kepada pasukan bomba selepas ditemui selamat pada jam 1.22 pagi Selasa.
Mangsa menceritakan kejadian kepada pasukan bomba selepas ditemui selamat pada jam 1.22 pagi Selasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang pendaki warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat lebih lapan jam di dalam hutan di Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang di sini pada awal pagi Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Faiz Helmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.07 petang Isnin memaklumkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, susulan daripada itu, sepasukan 17 anggota bomba termasuk penyelia dari BBP Teluk dan BBP Balik Pulau bergegas ke lokasi untuk operasi pencarian.

"Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian, didapati benar terdapat seorang mangsa sesat di dalam hutan ketika menjalankan aktiviti pendakian.

"Mangsa yang dikenali sebagai Younes Oukali, 37, masih boleh dihubungi melalui panggilan telefon. Ia memudahkan kita untuk menjalankan kerja pencarian.

"Kita telah menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa dengan melakukan pendakian serta bantuan bot oleh pihak Taman Negara Pulau Pinang untuk ke Teluk Kampi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Younes Oukali ditemui selamat selepas tersesat lebih lapan jam di Taman Negara Pulau Pinang pada Isnin.
Younes Oukali ditemui selamat selepas tersesat lebih lapan jam di Taman Negara Pulau Pinang pada Isnin.

Tambahnya, mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada jam 1.22 pagi Selasa lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tamat pada jam 4.58 pagi tadi (Selasa)," katanya.

Difahamkan, mangsa bukan memulakan pendakian dari Taman Negara Pulau Pinang sebaliknya melalui Pantai Acheh untuk sampai ke Batu Hitam yang mengambil masa kira-kira empat jam dari Teluk Kampi.

Ketika itu, hujan lebat menyebabkan lelaki warga asing itu tersesat di dalam hutan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!